Webmail

Visitors

Top 2:
Malaysia flag 50%Malaysia (1)
Seychelles flag 50%Seychelles (1)
2 visits from 2 countries
You are visito no:

Free Classified Ads






Login Form



Pengenalan PDF Print E-mail

 

 

 

PENGIKLANAN MEDIA DIGITAL SIGMA SCREEN  

Dalam kehidupan hari ini, manusia lebih kerap berada di luar rumah berbanding di kediaman sendiri. Disebabkan itu, pengiklanan melalui televisyen (tv) barangkali bukanlah medium yang cukup berkesan. 

Diwaktu pagi kita lihat ramai orang gemar bersarapan pagi di restoran-restoran. Begitu juga pada waktu tengahari dan malam restoran-restoran kini menjadi tempat tumpuan ramai. Selesai sahaja waktu pejabat sesetengah orang tidak terus pulang ke rumah tetapi lebih suka bertemu dengan rakan-rakan sambil bersantai-santai di restoran-restoran. Ada pula yang suka bersantai sehingga larut malam. Keadaan ini sudah menjadi sebahagian dari gaya hidup masyarakat Malaysia masa kini. 

Justeru itu, perkhidmatan pengiklanan melalui media digital merupakan satu trend baru yang amat bersesuaian dan berkesan dalam industri pengiklanan di Malaysia untuk memperomosi produk-produk dari berbagai bidang perniagaan. 

Pengiklanan melalui media ini merupakan satu bentuk pengiklanan baru yang menggunakan teknologi digital elektronik iaitu satu bentuk pengiklanan di luar rumah yang memaparkan mesej pengiklanan menggunakan skrin tv plasma atau LCD. Skrin tv ini dipasangkan di lokasi-lokasi yang strategik seperti di pusat membeli belah, di restoran-restoran atau tempat-tempat dimana ramai pengunjung menunggu dan menggunakan masa mereka. 

Sigmaview Alliance Sdn. Bhd. (Sigmaview Alliance) adalah sebuah syarikat bumiputra yang mencebur diri dalam bidang pengiklanan dengan menggunakan teknologi ini.  Syarikat ini mempunyai rangkaian skrin tv yang di pasang di lokasi-lokasi strategik. Rangkaian skrin tv yang dimiliki oleh Sigmaview Alliance dijenamakan sebagai:  Sigma Screen

Pengiklanan merupakan suatu dimensi penting dalam perniagaan. Sesuatu produk yang berkualiti tanpa diiklankan secara berkesan pastinya tidak akan mendapat sambutan daripada pengguna. Pada masa ini terdapat pelbagai bentuk pengiklanan yang digunakan sama ada melalui media cetak ataupun media elektronik dimana pengiklanan merupakan penyumbang terbesar dalam pertumbuhan organisasi perniagaan yang semakin bersaing.  

Pengiklanan melalui siaran tv merupakan bentuk pengiklanan elektronik yang dianggap paling berkesan untuk memperomosikan sesuatu produk. Sungguhpun begitu tidak semua syarikat mampu mengiklankan produk mereka melalui siaran tv kerana kos yang tinggi lebih-lebih lagi jika ingin disiarkan pada waktu puncak (prime time).

Namun demikian dengan adanya perkembangan teknologi elektronik digital yang canggih masa kini, para pengusaha kecil dan sederhana tidak perlu lagi bimbang sekiranya mereka ingin memperomosikan produk mereka melaui skrin tv kerana kos pengiklanan melalui teknologi dan kaedah siaran yang baru di perkenalkan ini jauh lebih murah dan ‘value for money'.

Pengiklanan melalui Media Digital dapat memberi beberapa kebaikan diantaranya ialah: 
· Bahan pengiklanan yang disiarkan melalui skrin tv kami dapat memberi impak yang sama dengan siaran tv biasa.
· Bahan pengiklanan boleh disiarkan sama ada dalam bentuk 'slide' atau klip video.
·  Bagi menarik perhatian penonton, bahan-bahan pengiklanan yang disiarkan diselang seli dengan klip video lagu-lagu hiburan,  triler filem dan juga berita terkini.
· Kadar bayaran pengiklanan adalah murah dan kos bagi menghasilkan bahan pengiklanan  juga adalah murah.
·   Pengubahsuaian bahan pengiklanan dapat dilakukan dengan cepat jika pelanggan berhasrat untuk menukar kandungan pengiklanan mereka.  
  

Sigmaview Alliance berbangga menjadi diantara syarikat perintis yang cuba untuk mempopularkan kaedah ini supaya rakyat Malaysia tidak ketinggalan dalam perlumbaan teknologi pengiklanan trend masa kini dan masa akan datang.   

 
Pada masa ini Sigmaview Alliance mempunyai 60 unit skrin tv yang dipasang di restoran-restoran yang terletak dilokasi-lokasi strategik dan syarikat ini juga telah diberi laluan oleh sebuah syarikat rakan perniagaan untuk menyiarkan iklan di 20 unit skrin tv mereka yang dipasang di hospital-hospital swasta. Oleh itu ruang iklan digital yang ditawarkan oleh Sigmaview Alliance untuk pengiklanan ialah sebanyak 80 unit skrin tv.  (Rujuk menu TV Panel Locations).
 
Dianggarkan jumlah penonton yang akan menyaksikan siaran pengiklanan Sigma Screen ialah sebanyak 80,000 orang sehari atau 2.4 juta orang sebulan.

Salah sebuah lokasi yang menempatkan Sigma Screen1

 

Apa yang perlu disediakan oleh pelanggan

Pelanggan boleh memilih sama ada untuk mengiklan dalam bentuk ‘slide display’ atau klip video. Mereka hanya perlu menyediakan bahan-bahan seperti gambar atau klip video bagi menghasilkan pengiklanan untuk produk-produk mereka. Penghasilan klip pengiklanan melalui kaedah ini begitu mudah dan menjimatkan, hanya tiga peringkat pemperosesan yang perlu dilalui.

1.  Pilih gambar terbaik bagi produk anda dalam bentuk format JPEG untuk pengiklanan menggunakan slide atau klip video(movie clips) dalam bentuk format MPEG atau AVI bagi pengiklanan yang ingin menggunakan movie. 

2.  Hantar kepada pakar animasi kami untuk memperoses dan merekabentuk pengiklanan (dalam bentuk format flash) yang difikirkan sesuai untuk tayangan selama 15, 20 atau 30 saat berdasarkan permintaan pelanggan. 

3.  Tayangan percubaan (trial-run) selama 2 hari akan di jalankan di skrin-skrin tv terpilih agar pihak pelanggan dapat membuat penilaian sebelum sebarang kontrak dipersetujui.

semudah 123

 

 Kami menyediakan PENAJA PENGIKLANAN untuk produk syarikat anda.
Daftar sekarang untuk mendapatkan PERUNTUKAN penajaan pengiklanan 2009.
untuk keterangan lanjut hubungi:
019 235 5457
  
 
TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI SITUS KAMI